Sebelum kita mengetahui apa yang dimaksudkan dengan Model Pengurusan Disiplin, biar kita lihat pengertian kata bagi disiplin terlebih dahulu. Berikut merupakan definisi kata disiplin :
- Perkataan Latin - 'disciplina' yang bermaksud mengajar.
- Kamus bahasa - Kawalan yang diperoleh daripada penguatkuasaan peraturan.
- Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) - Kesanggupan individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri.
- Konteks bilik darjah - Peraturan yang dikenakan kepada murid untuk mengawal dan mendapatkan tingkah laku yang diingini.
Seterusnya mari kita lihat konsep bagi Model Pengurusan Disiplin. Model ini berkaitan tentang pengurusan disiplin dan tingkah laku dengan menggunakan pendekatan yang berbeza. Pendekatan yang berbeza merujuk kepada lima jenis Model Pengurusan Disiplin, iaitu :
- Model Modifikasi Tingkah Laku (B.F. Skinner)
- Model Disiplin Asertif (Lee Canter)
- Model Akibat Logikal (Rudolf Dreikurs)
- Model Pengurusan Kelompok (Jacob S. Kounin)
- Model Terapi Realiti (William Glasser)
Berikut merupakan konsep lima jenis Model Pengurusan Disiplin :
Model Modifikasi Tingkah Laku (B.F Skinner)
- Menggunakan prinsip peneguhan sebagai elemen-elemen luaran untuk meningkatkan tingkah laku yang diingini.
Model Disiplin Asertif (Lee Canter)
- Berasaskan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan.
Model Akibat Logikal (Rudolf Dreikurs)
- Menekankan tanggungjawab guru dalam mengenal pasti punca salah laku.
- Murid perlu dibimbing untuk memahami peraturan di dalam bilik darjah dan dilatih untuk mendapat kawalan kendiri terhadap pengurusan disiplin bilik darjah.
- Murid dan guru bersama-sama memikul tanggungjawab dalam pengurusan disiplin bilik darjah agar amalan demokrasi perlu diaplikasikan.
Model Pengurusan Kelompok (Jacob S. Kounin)
- Menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam pengurusan bilik darjah.
- Guru perlu memberi teguran yang jelas, tepat, tegas dan mengenal pasti punca sebenar salah laku.
- Kelancaran dan pelaksaanaan aktiviti perlu dilakukan guru untuk mengurus bilik darjah dengan baik.
Model Terapi Realiti (William Glasser)
- Memberi peluang terhadap setiap tingkah laku yang ditunjukkan individu berasaskan pilihan yang dibuat sendiri. Pilihan yang dibuat adalah berdasarkan keperluan-keperluan asas mereka.
No comments:
Post a Comment