GURU INSPIRASI PENCETUS REVOLUSI

GURU INSPIRASI PENCETUS REVOLUSI
Assalamualaikum, kami merupakan pelajar pengkhususan Prasekolah Ambilan Januari 2012 dari IPG-KPI, Bangi, Selangor. Nama diberi Rabiatul Adawuia Hj Mursidi (Are-Tol) dan Nur Haziqah Mahirah Ruhizat (Zie-Qah). Blog ini dibina sebagai saluran maklumat untuk kegunaan profesion perguruan terutama kepada bakal guru yang ingin mengurus bilik darjah dengan berkesan. Semoga apa yang dikongsi sangat bermanfaat kepada anda semua.

Bakal Cikgu Prasekolah

Bakal Cikgu Prasekolah
ARe-TOl

Bakal Cikgu Prasekolah

Bakal Cikgu Prasekolah
zIe-Qa

Powered by Blogger.

Anda Komen, Kami Jawab! Silakan...

Sunday 17 March 2013

3 AKTIVITI DI DALAM BILIK DARJAH



AKTIVITI 1 : "Mari Bersama Robot!".
  • Melalui aktiviti ini, sebelum guru memulakan pengajaran dan pembelajaran di kelasnya, guru tersebut akan menunjukkan sebuah robot di hadapan muridnya. Keistimewaan robot ini ialah tahu berkomunikasi, menari, ketawa dan menangis. Oleh itu, murid-murid yang berkeliaran dan bising di dalam kelas akan terpegun dan teruja melihat aksi robot ini. Dalam aktiviti ini, murid diminta menari bersama-sama guru mengikut gerak tarian yang dilakukan robot sambil diiringi muzik. Murid-murid juga dibenarkan berkomunikasi dengan robot tersebut. Selepas berhibur, barulah proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan di dalam bilik darjah.

Gambar : Aksi Robot

AKTIVITI 2 : "I Love To Sing".
  • Bagi menarik minat murid agar menumpukan perhatian semasa guru mengajar, aktiviti nyanyian yang diberi nama "I Love To Sing" dilaksanakan terlebih dahulu. Melalui aktiviti ini, guru akan menyanyi dengan menggunakan alat perkusi gitar untuk memainkan lagu "Tanya Sama Pokok". Di sini, murid diminta untuk bersama-sama menyanyikan lagu tersebut sambil menepuk tangan mengikut detik lagu berkenaan.
  • Lirik lagu "Tanya Sama Pokok" :
Tanya Sama Pokok, Apa Sebab Goyang
Nanti Jawab Pokok, Angin Yang Goncang
Tanya Sama Angin, Apa Sebab Hujan
Nanti Jawab Angin, Tanyalah Awan.

Awan Nanti Kata, Aku Kandung Air
Sampai Tempat Teduh, Aku Pun Cair
Lihat Dalam Air, Nampak Bayang-Bayang
Campak Satu Batu, Bayang Pun Hilang.

Gambar : Murid akan berasa seronok apabila aktiviti nyanyian diadakan sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan. 

AKTIVITI 3 : "Oh, Dunia Ku Timbul". 
  • Aktiviti ini meminta murid memakai cermin mata 3D untuk melihat wayang yang dipaparkan pada skrin projektor di hadapan kelas. Wayang yang dipaparkan mestilah mempunyai nilai pengajaran yang baik dan memberi kesan positif kepada murid. Sebagai contoh, filem barat "Home Alone" merupakan filem kanak-kanak yang mampu memberangsangkan minda murid supaya berfikiran cerdik dan berhati-hati dengan orang yang tidak dikenali. Walaubagaimana pun, wayang yang hendak ditayangkan hanyalah sedutan-sedutan sinopsis jalan cerita secara ringkas di mana terdapat unsur pengajaran dipaparkan. Dengan adanya cermin mata 3D, wayang yang dilihat kelihatan timbul seperti berlaku pada situasi sebenar, iaitu di hadapan mata. Hal ini akan membuatkan wayang tersebut lebih menarik dan mengujakan murid. Aktiviti ini sesungguhnya dapat menarik minat murid agar bersedia untuk memulakan pembelajaran di bilik darjah.



Gambar : Kelihatan murid begitu teruja memakai cermin mata 3D yang disediakan. 


Gambar : Kanak-kanak cerdik dalam wayang "Home Alone".








4 comments:

  1. aktiviti yang menarik dan kreatif .. terima kasih atas perkongsian ilmu .. boleh lah saya aplikasikan ketika PBS, praktikum mahupun di sekolah kelak ..

    ReplyDelete
  2. aktiviti yg sgt menarik! tp, utk aktiviti yg oh!duniaku timbul mungkin akan mengambil masa yang lama sekiranya menonton movie2.. rasanya boleh gunakan cerita kartun yang pendek tp bnyk pengajaran.. :)

    ReplyDelete
  3. Cikgu Tidung Litup : Sama-sama. Terima kasih juga suka akan aktiviti-aktiviti ini. InsyaAllah, semua aktiviti sesuai untuk diaplikasikan semasa anda di sekolah kelak.

    ReplyDelete
  4. Miss English : Wow! Saya suka akan komen anda. Memang benar...tapi rasanya movie tersebut masih boleh digunakan lagi sebab yang ditayangkan hanyalah sedutan-sedutan pendek dari wayang berkenaan. Lagi pula, guru ingin murid melihat wayang yang berunsurkan manusia supaya kelihatan seperti realiti yang berlaku dalam kehidupan seharian. Tapi seperti kata anda, pada hari lain, wayang yang dipaparkan boleh menggunakan cerita kartun yang pendek dan mempunyai banyak pengajaran. Walaubagaimana pun, saya berterima kasih kerana anda memberi komen yang sangat bernas. =)

    ReplyDelete